Kek Batik Terbaikkkk


Siapa dekat sini suka makan kek ? Kek gula hangus, kek marble, kek span dan sebagainya.Admin,  kek yang paling admin suka semestinya kek batik. Sebab apa ? Sbb senang dan  jimat masa. Tapi bab nak tunggu dia sejuk tu memang tergugat iman admin haih. Kadang-kadang tu admin masukkan je dekat tempat beku tu. Cepat sikit keras. Hehehehe.

Okey, utk resipi hari ni, admin rasa ramai yang dah tahu buat tapi takpe admin nak share jugak sbb mana tahu ada yang tak tahu lagi nak buat macam mana kan. So admin share je eh. Mana tahu bila korang buat, lagi sedap lepas tu boleh berniaga secara kecil-kecilan. Terutama adik-adik dekat universiti atau masih bersekolah tu. Boleh cari duit poket sikit J J . Okey jom kita buat sama-sama.


Bahan-bahannya :
30 keping biskut marie (dipatah dua) – tak kisah jenama apa
Setengah tin  susu pekat manis
2 cawan Milo
2 sudu besar serbuk koko
150 gram mentega – saya guna buttercup

Cara-cara :

1)      Mula-mula, kita cairkan mentega
2)      Masukkan 2 cawan Milo
3)      Kemudian, campurkan dengan setengah tin susu pekat
4)      Next, masukkan 2 sudu besar serbuk koko
5)      Kacau sehingga ia jadi tak berketul
6)      Akhir sekali, masukkan biskut marie sedikit demi sedikit dan gaulkan
7)      Kemudian, masukkan dalam loyang atau apa-apa bekas, tekan tekan then masukkan dalam peti ais bawah.



p/s : 1) Alaskan loyang dengan plastic
         2) Kalau nak letak hiasan pun boleh, atas kreativiti sendiri
         3) Kek batik ni sedap makan waktu sejuk dan makan bersama keluarga :) :)

Comments

Popular posts from this blog

4 Cara Mancungkan Hidung Tanpa Bedah

TELUR PUYUH MASAK SAMBAL DAP DAP